JOHOR BAHRU, 1 Mac (Bernama) — Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2019 kali ke-24, di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, di sini malam ini.

Keberangkatan Tunku Tun Aminah diiringi suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.



Pada majlis itu, Tunku Tun Aminah turut berkenan menyempurnakan gimik perasmian festival dengan memancarkan cahaya ke replika FLLSPG.

Majlis itu diserikan dengan perarakan peserta antarabangsa, persembahan Tarian Wau Merak oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor, persembahan LED “Stringles Butterfly” oleh pelayang Singapura serta persembahan LED “Stunt Kite” oleh pelayang China.

Festival lima hari bermula Rabu lepas menyaksikan penyertaan 45 negara termasuk Colombia, Bulgaria, Hungary dan Venezuela.

FLLSPG ke-24 bertemakan “Keindahan Budaya” itu dianjurkan kerajaan negeri Johor menerusi Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Tourism Johor, Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 72 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.