GEORGETOWN, 28 Februari – Bot nelayan tempatan kelas C ditahan pada jarak lebih kurang 0.8 batu nautika dari Tenggara Teluk Tempoyak oleh kapal peronda Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang lebih kurang jam 7.03 petang.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Bin Harun berkata, tekong lelaki warga Myanmar berumur 47 tahun bersama empat nelayan terdiri daripada seorang warga Myanmar manakala selebihnya warga Thailand berumur lingkungan 24 hingga 30 tahun. Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.



Bot berkenaan bersama dua pukat tunda gulung, ikan campur anggaran 2000 kg dan ikan baja anggaran 2000 kg ditahan dan dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung, Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 12 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.