JOHOR BAHRU 22 APRIL  –  Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tiada cadangan untuk  membuat  pelantikan Exco baharu susulan peletakan jawatan Datuk Abd. Latif Bandi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

 

Portfolio berkenaan kini dipangku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Md. Jais Sarday.



 

Portfolio Pendidikan dan Pe­nerangan negeri yang disandang Md. Jais pula diletakkan di bawah tanggungjawab Datuk Ayub Rahmat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri.

 

“Kita tiada cadangan untuk pelantikan baharu atau perubahan atau pertambahan.

 

“Bagi mana-mana jawatan dan portfolio lain yang telah kita buat pertukaran akan dikekalkan sampai pilihan raya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan kedai harga patut IMCoop di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang semalam.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 251 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.