KOTA TINGGI, 21 Februari – Seorang tekong bot pancung warga Indonesia yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran dijatuhi hukuman penjara 2 tahun 6 bulan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu mengangkut 43 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk diseludup masuk ke Malaysia pada 2 Julai tahun lalu.
Sumber: APMM



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my





(Visited 14 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.