PUTRAJAYA, 19 Feb (Bernama) — Pengguna media sosial perlu mengelak daripada menghina agama dan raja kerana ia bukan satu perkara yang kecil, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata amaran dan peringatan supaya tidak menghina agama dan raja di media sosial sudah lama dikeluarkan.



“Polis akan bertindak jika menerima laporan. Seelok-eloknya pengguna media sosial perlu elak sebarang tindakan menghina agama dan raja,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W, selepas sambutan ulang tahun ke-47 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kementerian Dalam Negeri di sini.

Hari ini, 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Kuala Lumpur meminta pihak berkuasa menyiasat seorang pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda Saidatina Aishah.

Polis sebelum ini menahan seorang lelaki berusia 68 tahun di Mentakab, Temerloh bagi membantu siasatan kes berkenaan ekoran satu laporan polis yang dibuat di Batu Pahat.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 4 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.