SEMPORNA, 18 Februari – Maritim Malaysia Zon Maritim Semporna berjaya menahan dua individu dan sebuah bot pam bersama 55 tong jerry can petrol anggaran RM12,000 di perairan Semporna.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi bin Hassan berkata, bot peronda menjalankan tugas rutin telah menahan bot pam berkenaan berhampiran perairan Pulau Bum-Bum, Semporna sekitar jam 3.00 pagi.



“Anggota-anggota penguatkuasa cuba menahan bot pam itu selepas mendapati ianya bergerak dalam keadaan mencurigakan namun juragan bot pam bertindak melarikan diri apabila ternampak bot anggota penguatkuasa. Hasil pemeriksaan ke atas bot pam mendapati terdapat 2 awak-awak yang tidak mempunyai dokumen pemgenalan diri yang sah,”



Aktiviti penyeludupan petrol sering berlaku di Semporna. Pada tahun 2018 Zon Maritim Semporna telah berjaya menahan dua kes tangkapan aktiviti penyeludupan minyak. Bot pam ditunda masuk ke Jeti Kem Azumi Semporna untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1969/63.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 8 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.