Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jumlah kumulatif kes Denggi yang dicatatkan bermula 1 Januari sehingga 9 Februari 2019, sebanyak 17,971 kes manakala Chikungunya sebanyak 45 kes.

Keadaan ini adalah membimbangkan dan masyarakat dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah bijak supaya dapat mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk Aedes. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan menjaga kebersihan persekitaran dan memastikan tiada tempat takungan air di sekeliling rumah. Melindungi diri daripada gigitan nyamuk merupakan cara yang paling berkesan.



Jika anda mengalami deman panas, sakit pada tulang dan sendi-sendi, sakit kepala, cirit-birit atau muntah, segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Beringat sebelum kena.

Perkongsian Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 14 Februari 2019.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.