KUDAT, 17 Februari – Sebuah bot tunda tempatan ditahan Maritim Malaysia menerusi Zon Maritim Kudat di kedudukan sekitar 1.5 Batu Nautika dari Pulau Sepirak, Kudat, semalam selepas disyaki beroperasi dengan menggunakan lesen yang telah tamat tempoh.

Bot tunda terbabit ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang dalam penugasan Ops Pluto Timur sekitar jam 3.40 petang. Ketika pemeriksaan dijalankan, terdapat 11 orang awak-awak di mana sembilan daripadanya warga Indonesia manakala dua orang warga Filipina.



Komander (M) Boon Chin Chau, Pengarah Zon Maritim Kudat berkata, “bot terbabit sedang dalam perjalanan dari Pulau Sepirak menuju ke Kampung Malubang, Pitas sebelum ditahan oleh pihak Maritim Malaysia.”

Menurut beliau lagi, “bot tersebut bersama semua awak-awak ditahan dan diiring ke Jeti Awam Kudat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1969/63 ”




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.