KUDAT, 15 Februari – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warganegara Filipina yang dilaporkan hilang setelah bertolak dari Landung Ayang, Kudat menuju ke Pulau Balambangan kini memasuki hari kedua pencarian.

Maritim Malaysia Zon Maritim Kudat menerima laporan tentang kehilangan mangsa daripada keluarganya. Bertindak atas maklumat itu, Maritime Rescue Sub-Center (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 1.30 petang semalam.



Mangsa, Abdul Razi Bin Bukuang, 45 tahun, warganegara Filipina dilaporkan bertolak dari Landung Ayang, Kudat pada hari Rabu, 13 Februari 2019 sekitar jam tujuh pagi namun tidak tiba di rumahnya di Pulau Balambangan. Mangsa menaiki bot kayu bernombor pendaftaran KT6111/3/F dan tidak membawa sebarang alat komunikasi.

Operasi pencarian meliputi kawasan seluas 384 Batu Nautika persegi dengan keupayaan empat buah aset yang terdiri daripada aset Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin serta Tentera Laut Diraja Malaysia. Selain dari itu, pasukan Bomba dan Penyelamat turut melaksanakan carian di kawasan persisir pantai sekitar Pantai Bak-Bak sehingga ke Tanjung Simpang Mengayau.

Operasi pencarian pada hari pertama ditangguhkan pada jam 5.45 petang semalam berikutan cuaca buruk dan disambung pada hari ini seawal jam 7 pagi.

Pencarian sehingga setakat ini masih belum menemui sebarang petunjuk.
Sumber : APMM




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 9 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.