KULAI: Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, menegaskan beliau pernah mengikuti Pengajian di Kolej Pertanian Malaya, sebelum ia dinaik taraf kepada Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, berkata bagaimanapun beliau tidak menamatkan pengajian ketika menuntut di kolej berkenaan.

“Untuk makluman, saya pernah mengikuti pengajian di Kolej Pertanian Malaya sebelum dinaik taraf kepada UPM, namun tidak menamatkan pengajian.



“Adalah di luar pengetahuan saya apabila muncul di beberapa laman sesawang yang mengatakan saya berkelulusan Diploma dan Ijazah Perakaunan daripada UPM.

“Oleh itu, saya dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kekeliruan dan salah faham berhubung kelayakan akademik saya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini, hari ini.

Osman berkata, atas rasa tanggungjawab, beliau mengarahkan semua maklumat berkaitan kelulusan Diploma dan Ijazah Perakaunan UPM diturunkan (dipadam) serta merta daripada mana-mana laman sesawang rasmi.

“Saya harap (isu ini) tidak perlu diperbesarkan lagi mana-mana pihak,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata biarlah rakyat menilai komitmen dan kerja keras yang dilaksanakannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Pakatan Harapan Johor untuk terus memacu negeri Johor.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 119 times, 2 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.