SEMENYIH, 9 Feb (Bernama) — Senarai calon bagi mengisi jawatan ketua polis negara dan timbalannya akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata satu perbincangan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dibuat bagi memilih calon untuk kedua-dua jawatan penting badan keselamatan negara itu.



“Kita akan putuskan nanti pengganti-pengganti bagi kedua-kedua jawatan penting dalam (pasukan) polis. Insya-Allah saya akan berbincang dengan Perdana Menteri (Dr Mahathir) dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Bersatu Hulu Langat dan ketua-ketua kampung serta menziarahi keluarga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor.

Sebelum ini dilaporkan kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim akan tamat pada Mei ini.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 28 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.