PUTRAJAYA 6 Feb. – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan yang menghendaki umat Islam melakukan umrah hanya melalui Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Kementerian dalam satu kenyataan memberitahu, tuduhan berkenaan yang telah dilemparkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab adalah langsung tidak berasas.



“Kementerian telah membuat laporan polis untuk melaporkan penyebaran maklumat palsu dan juga akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Ingin ditegaskan sekali lagi di sini bahawa tidak sekali-kali pernah Menteri Kewangan, mahupun kementerian mengeluarkan arahan seperti yang dinyatakan di dalam artikel Malaysia Today,” katanya di sini hari ini.

Menurut kementerian, artikel bertajuk ‘Guan Eng akan bunuh perniagaan Melayu’ yang diterbitkan di laman web Malaysia Today kelmarin mendakwa bahawa tujuan arahan tersebut adalah untuk memastikan Tabung Haji memonopoli perkhidmatan pengurusan dan perjalanan umrah.

Jelasnya, langkah itu lantas menghilangkan peluang untuk agensi pelancongan swasta atau bebas milik bumiputera untuk bersaing di dalam pasaran.

“Laporan berita palsu ini disebarkan semata-mata untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menghasut kebencian terhadap Menteri Kewangan bukan Islam kerana kononnya melakukan campur tangan dalam hal ehwal urusan Islam,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 15 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.