KUALA LUMPUR 6 Feb. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan tiada sebarang rombakan Kabinet yang akan dilakukan dan masih kekal dengan barisan menteri yang ada.

Jelasnya, cakap-cakap akan berlaku rombakan Kabinet termasuk kononnya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin bakal diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah berita palsu.



“Saya kekal dengan yang sama. Tiada rombakan Kabinet. Apa-apa khabar angin mengenai perkara itu berita palsu,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 yang diadakan di Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang di sini hari ini.

Perdana Menteri bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali sebelum itu hadir ke majlis rumah terbuka tersebut yang dianjurkan bersama oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, dan suami yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa menteri Kabinet serta pemimpin politik termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Lebih 1,000 pengunjung dan orang ramai daripada pelbagai kaum memenuhi dewan dan pekarangan bangunan untuk sama-sama meraikan sambutan yang diadakan.-UTUSAN ONLINE



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.