HOBART, Australia – Seekor ular kepala tembaga ditemui sepasang pelancong dengan kepalanya tersangkut dalam tin minuman di pesisir Pantai Seven Mile, pulau Tasmania baru-baru ini.

Pasangan itu kemudian menghubungi pakar reptilia tempatan, Chris Daly untuk menyelamatkan ular tersebut yang dipercayai tersangkut ketika cuba mencari air.



“Ular itu tidak cedera dan saya cuma perlu berikan sedikit air sebelum mencari tempat sesuai untuk melepaskannya,” kata Daly kepada akhbar The Mercury.

Tambahnya, cuaca panas di Tasmania sejak Disember lalu telah menyebabkan peningkatan mendadak aktiviti ular. Daly menasihatkan orang ramai agar tidak membuang sampah di merata tempat kerana boleh menjadi perangkap maut kepada ular yang mencari air atau memburu mangsa.

Ular kepala tembaga boleh ditemui di negeri New South Wales, Victoria dan Tasmania tetapi biasanya jarang menyebabkan kematian manusia. – Agensi
Sumber: Kosmo



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my




(Visited 185 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.