KUANTAN – Jurujual berusia 52 tahun di sini kerugian RM136,000 selepas diperdaya lelaki tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Firdaus menerusi perbualan telefon.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki warga emas tersebut mula dihubungi suspek antara 29 Disember 2018 hingga 3 Februari kelmarin.



“Suspek memberitahu nombor telefon rumah pengadu telah terlibat dengan talian Internet dalam kegiatan judi haram.

“Pengadu diminta membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan telah bercakap dengan beberapa individu lain yang turut memperkenalkan diri sebagai anggota polis,” katanya.

Mohd. Wazir menambah, suspek memaklumkan kononnya akaun Maybank milik pengadu turut disyaki terlibat pengubahan wang haram yang dijalankan oleh penjenayah bernama David Lee.

“Pengadu diarahkan supaya memasukkan wang ke dalam nombor akaun yang diberikan bagi membolehkan kes itu disiasat.

“Suspek juga memaklumkan wang tersebut akan dikembalikan setelah siasatan kes tersebut selesai,” tambah Mohd. Wazir.

Beliau menambah, mangsa tanpa berfikir panjang telah memasukkan wang ke dalam 7 akaun berbeza melalui 26 transaksi bermula 29 Disember 2018 hingga 3 Februari kelmarin berjumlah RM136,000.

“Pengadu cuba menghubungi semula Inspektor Firdaus namun gagal dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam selepas menyedari tertipu,” katanya memberitahu kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 16 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.