JOHOR BAHRU – “Jaga keluarga dan hormati ibu bapa”, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse, sebagai nasihat peribadi baginda, ketika berangkat ke rumah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Batu itu, di sini pagi ini.

“Baginda ada menasihati supaya menjaga keluarga baik-baik, kena hormat ibu bapa.



“Dalam perbualan kami, baginda ada menyebut, kadang-kadang orang muda ni, dia tidak mahu merayakan Tahun Baru Cina dengan ibu bapa.

Ada yang makan besar semalam, hari ini sudah pergi bercuti luar negara,” kata Wee Tse ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Wee Tse, baginda juga ada menyatakan kebimbangannya mengenai trend berkenaan yang disifatkan semakin meningkat dan bukanlah satu trend yang bagus untuk diikuti terutamanya bagi generasi muda. – Bernama



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 13 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.