KUALA LUMPUR – Setelah tujuh hari ditahan dalam wad sebuah hospital di Ampang Selangor, penyanyi rock, Datuk Awie akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 51, dimasukkan ke hospital Selasa lalu.



“Saya sudah dibenarkan keluar wad tadi (petang Ahad). Alhamdulillah, keadaan saya beransur pulih. Doakan yang baik-baik,” jelas Awie kepada Kosmo! semalam.

Sebelum ini, pada Disember lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagi Sejati itu pernah dimasukkan ke hospital juga selama tujuh hari kerana kesukaran bernafas dan mengalami sakit dalam perut. – K! ONLINE



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 50 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.