SEREMBAN: Seorang anggota trafik patah kaki kanan digilis sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika mengawal lalu lintas dalam Op Selamat Ke-14 sempena Tahun Baharu Cina di persimpangan lampu isyarat di Jalan Rasah-Port Dickson di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, Koperal Omar Mohd, 51, dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bersama enam anggota lain ditugaskan di lokasi bagi memastikan kelancaran jalan raya.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abdul Kadir, berkata ketika kejadian anggota terbabit berada di tengah persimpangan.

“Sebuah kenderaan pacuan empat roda Suzuki D-Max dari arah susur masuk Tol Rasah-Port Dickson berada di lorong kanan dikatakan mengubah haluan ke kiri ketika menuju ke lampu isyarat.

“Bagaimanapun, kesesakan teruk menyebabkan pemandu lelaki berusia 53 tahun itu mengubah semula haluan ke kanan menyebabkan tergilis kaki anggota terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ibrahim berkata, pemandu itu yang panik membrek secara mengejut dan pada masa sama sebuah kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 32 tahun dari belakang tidak sempat berhenti lalu merempuh kenderaan itu.

Katanya, kedua-dua pemandu terbabit tidak cedera.

“Anggota yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 30 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.