GUANGXI 6 Feb. – Lima orang maut dalam letupan disebabkan mercun di daerah Rongan, Guangxi pada awal pagi Tahun Baharu Cina semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, letupan dipercayai berlaku di luar kedai yang menyimpan dan menjual mercun berkenaaan.



Letupan yang mencetuskan kebakaran merebak ke empat rumah berdekatan membuatkan lima orang maut dan 14 lagi dapat menyelamatkan diri.

Kebakaran itu kemudian berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5 pagi manakala pemilik kedai dengana nama keluarganya Zhang ditahan polis bagi siasatan lanjut. – AGENSI



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my



(Visited 11 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.