JOHOR BAHRU 18 April – Pra Op Selamat akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pendekatan baharu dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Johor, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, pra Op Selamat itu akan dijalankan selama dua minggu bermula semalam sehingga 1 Mei.



Johor dipilih sebagai negeri pertama untuk menjalakan operasi seumpama itu.

Ini merupakan persediaan pihak polis untuk menghadapi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang sebagai kajian awal mengenal pasti kawasan kerap berlaku kemalangan (black spot).

“Sebanyak enam daerah akan terlibat iaitu Johor Bahru Selatan, Kulai, Seri Alam, Kota Tinggi, Kluang dan Batu Pahat.

“Bagi menjayakan pra Op Selamat itu, seramai 50 pegawai dan anggota akan digerakkan dengan memberi tumpuan kepada kawasan black spot, penguatkuasaan pesalah trafik, melancarkan aliran trafik,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini sebentar tadi.



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.