KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Tiga lelaki ditahan dan polis merampas 92.7 kilogram (kg) dadah disyaki ketamin bernilai RM5.6 juta dalam operasi di sekitar Selangor Jumaat lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Zulkifli Ali berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki yang ditahan dalam sebuah kereta jenis Nissan Almera di Jalan Jengka, Subang Jaya di sini kira-kira 7.40 malam.

Beliau berkata penahanan lelaki berusia 41 tahun itu membawa kepada penemuan 90 bungkusan dadah di dalam bungkusan teh Cina yang disembunyikan dalam guni dan diletakkan di tempat duduk belakang kereta itu.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 9 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.