ALOR SETAR, 3 Feb (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan notis saman terhadap 159 pemilik motosikal sejak Op Tahun Baharu Cina bermula 29 Jan hingga semalam.

Pengarah JPJ Kedah, Isma Suhaimi Sharif berkata sehingga malam tadi, 621 motosikal diperiksa dan 451 kesalahan dicatatkan, kesalahan paling banyak dikesan tidak memiliki lesen memandu sah, lesen tamat tempoh, tidak menampal lesen P dan menunggang di bawah umur.



“Sebanyak 12 motosikal juga disita sepanjang lima hari operasi dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama 101 anggota JPJ, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dalam Op TBC yang diadakan di hadapan Hospital Lama Alor Setar di sini.



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.