KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, sekaligus meneruskan keunikan sistem penggiliran dalam kalangan Raja-Raja Melayu yang kini dalam pusingan kedua.

Pengumuman itu dibuat selepas semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, bersidang dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara untuk menentukan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu hari ini.

Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X



Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 14 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.