KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Polis menahan 90 warga China termasuk tujuh wanita, dan dua lelaki warga Myanmar dalam serbuan di sebuah pejabat, di Jalan Bukit Bintang di sini, yang dipercayai menjadi pusat panggilan kegiatan judi dalam talian, Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata mereka yang ditahan dalam serbuan pada kira-kira pukul 1.30 pagi itu berumur antara 17 dan 49 tahun, yang merupakan pekerja, pengurus dan penjaga pusat berkenaan, yang dipercayai turut menyimpan pelbagai maklumat pertaruhan judi.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barang antaranya 212 set komputer, 20 komputer riba dan sebuah tablet yang dianggar bernilai RM430,000 dalam serbuan itu.












Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 17 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.