BUKIT MERTAJAM, 24 Jan (Bernama) – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke dalam laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang awal pagi Ahad lepas, sehingga menyebabkan pemandunya maut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata pihaknya sedang mengumpul beberapa lagi maklumat dan data bagi melengkapkan kertas siasatan yang dijangka dapat disiapkan tidak lama lagi.



“Selain itu, polis juga masih lagi menunggu keputusan ujian darah dan alkohol pemandu Toyota Vios yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan. Selepas semuanya lengkap kami akan serahkan kertas siasatan itu ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.





Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 31 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.