SHAH ALAM, 24 Jan (Bernama) — Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Loh Chee Heng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membabitkan tuntutan palsu berjumlah RM33,380 ketika beliau menjadi ADUN kawasan Telok Datok (kini Banting), empat tahun lepas.

Loh, 41, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-t hijau dan berseluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.



Mengikut kertas pertuduhan, beliau sebagai ADUN Telok Datok didakwa memperdayakan prinsipalnya dengan menggunakan suatu dokumen iaitu Kelulusan Pengeluaran Peruntukan dan Kertas Kerja mengenai Program Sambutan Hari Guru Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Datok 2015 yang mengandungi butiran palsu, di mana beliau telah memohon pengeluaran peruntukan berjumlah RM13,380 sedangkan beliau tahu program tersebut tidak dilaksanakan.





Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.