SIBU, 22 Jan (Bernama) — Reman ke atas pengasuh yang disiasat berikutan kematian seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dilanjutkan sehingga 28 Jan depan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wanita berusia 39 tahun itu sebelum ini direman tujuh hari setelah bayi terbabit, Aariz Harraz Zahin Azman menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya Hajijah Tahir pada 11.55 pagi 13 Jan lalu di Hospital Sibu selepas alat sokongan hayatnya dihentikan pada 11.40 pagi.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X



Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 8 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.