GEORGE TOWN, 18 Jan (Bernama) — Satu sindiket yang menggunakan paket serbuk minuman berperisa bagi menyorok pelbagai jenis dadah untuk diedarkan di sini berjaya ditumpaskan polis dalam satu operasi yang berakhir semalam, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik hari ini.

Katanya kegiatan sindiket itu terbongkar berikutan penangkapan tiga orang lelaki berumur di antara 30 dan 31 tahun serta rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM1.3 juta dalam operasi yang diadakan Rabu dan Khamis lepas di kawasan Air Itam di sini serta Taiping di Perak.

“Dua suspek ditahan di Air Itam dan hasil maklumat yang diperoleh membawa kepada penahanan seorang lagi suspek di sebuah rumah di Taiping,” katanya dalam sidang akhbar di sini.









Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X



Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 15 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.