KOTA BHARU 13 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri hari ini menahan seorang pembantu tadbir kanan wanita sebuah pusat pemulihan akhlak kerana dipercayai terlibat dalam kes 90 tuntutan palsu bernilai lebih RM149,000.

Menurut sumber, suspek berusia 39 tahun tersebut ditahan pada pukul 1.50 petang selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan di sini.



“Siasatan awal mendapati suspek telah membuat 69 tuntutan palsu bagi rawatan perubatan untuk diri beliau, suami dan ayahnya yang dianggarkan bernilai lebih RM117,000 sedangan rawatan tersebut tidak pernah dilakukan.

“Suspek juga telah membuat 25 lagi tuntutan palsu bagi pembelian ubat dan satu tuntutan palsu pembelian alatan ortopedik yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000, sedangan pembelian tersebut tidak pernah dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu.

“SPRM juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kota Bharu esok,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Ramli Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 36 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.