SHAH ALAM 13 Jan. – Dua gadis maut dengan salah seorang daripadanya putus pergelangan kaki apabila motosikal ditunggani mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Persiaran Hulu Langat, Seksyen 28, di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 10.40 pagi itu, mangsa dirempuh SUV tersebut apabila Siti Mukarromah Mohd. Jaizun, 20, yang menunggang motosikal bersama, Nazirah Mohd. Halid, 22, secara tiba-tiba bertindak membelok sebelah kanan.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, tindakan itu menyebabkan pemandu SUV tidak sempat mengelak dan terus merempuh kedua-dua mangsa.

“Pemandu SUV iaitu Mohd. Hareez Shaharun, 32, datang dari arah Persiaran Sepang tetapi motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan membelok ke kanan secara tiba-tiba menyebabkan dia tidak sempat mengelak.

“Kedua-dua mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 67 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.