ISKANDAR PUTERI – Terlanggar lopak jalan dipercayai punca sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Grand Livina hilang kawalan lalu merempuh tujuh penunggang motosikal dalam satu kejadian di Kilometer 5.2 Lebuh Raya Link Kedua arah utara, Iskandar Puteri, petang tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, kesemua penunggang motosikal yang dirempuh kereta berkenaan hanya mengalami cedera ringan.



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian kesemua penunggang motosikal itu sedang berteduh di bawah satu jambatan berhampiran kerana hujan lebat.

“Mengikut siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu warga Singapura berusia 52 tahun dari arah Singapura menghala ke Johor Bahru hilang kawalan.

“MPV itu dipercayai hilang kawalan akibat melanggar lopak sebelum terbabas dan berpusing melanggar pembahagi tepi jalan sebelum merempuh tujuh motosikal yang berteduh di bawah jambatan itu,” katanya di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, salah seorang daripada mangsa turut dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian muka.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 81 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.