KUALA SELANGOR – Seorang pemandu lori yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 45 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan persimpangan Jalan Kuala Selangor-Bestari Jaya, di sini semalam diminta tampil bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 3.17 petang itu, Naqib Adli Mokhlas, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat digilis lori terbabit.



Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md. Asri A. Wahab berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda RS150R dibonceng mangsa keluar dari simpang menghala ke Kuala Selangor dari Bestari Jaya.

“Bagaimanapun, motosikal itu dikatakan telah terlanggar pintu belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza mengakibatkan mangsa tercampak sebelum digilis lori.

“Akibatnya, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal itu hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Md. Asri menambah, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk proses bedah siasat.

Jelas beliau, lori yang belum dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya itu didapati meninggalkan tempat kejadian dan pemandunya masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Sehubungan itu, pemandu lori terbabit dan saksi kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Norasyikin Roslan di talian 010-2621 743 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 57 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.