TANAH RATA, 12 Jan (Bernama) — Ekoran penambahbaikan sistem komunikasi antara saluran dan pusat penjumlahan undi, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menjangka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dapat diumumkan sebelum pukul 10 malam 26 Jan ini.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun memberitahu Bernama di sini, hari ini, sistem komunikasi terus antara lain dengan menggunakan aplikasi Whatsapp terbukti mempercepat serta melancarkan sistem pengurusan penjumlahan undi di tiga PRK sebelum ini iaitu PRK Balakong, Seri Setia dan Port Dickson.



“Apabila borang 14 diisi dan ditandatangani Ketua Tempat Mengundi ia akan dikomunikasi terus ke pusat penjumlahan undi dan pusat penjumlahan undi akan menghitung jumlah-jumlah ini tanpa menunggu ‘hard copy’ sampai. Bila ‘hard copy’ sampai hanya kita sahkan dan kita boleh terus isytiharkan.





Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 28 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.