KLUANG – Polis kini memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun menggunakan objek dipercayai senjata api ke atas sebuah kedai farmasi di Jalan Kasih 1, Taman Kasih, Simpang Renggam di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek menaiki sebuah kereta jenis Nissan Sylphy berwarna kelabu sebelum menyamun kedai farmasi terbabit kira-kira pukul 6 petang dengan memakai baju hitam, cermin mata hitam, dan bertopi hitam.



“Suspek meluru masuk ke premis dan salah seorang daripada mereka mengacukan objek menyerupai senjata api ke arah lima pekerja wanita yang berada dalam kedai terbabit.

“Manakala seorang rakan suspek tidak menggunakan apa-apa senjata terus pergi ke kaunter dan mengambil peti kaunter bayaran sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki kereta,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Abduh berkata, siasatan awal mendapati anggaran kerugian kira-kira RM300 selain kelima-lima pekerja farmasi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, polis kini sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) selain kesan cap jari dapat dikesan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Kita meminta orang ramai menyalurkan maklumat tentang suspek kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Kasturiah Arif di talian 013-3137 051 atau hubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang 07-7784 222,”. – K! ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 25 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.