Akibat mengabaikan kebajikan pekerja, seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan ngeri dengan 14 kesan tikaman di badannya termasuk pisau yang dibiarkan tercacak di bahagian perut, dalam satu kejadian di Taman Pulasan di Bukit Mertajam, jam 3.10 petang Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai R Manogaran,55 tahun, ditemui rakannya dalam keadaan terlentang di bilik utama unit tingkat bawah flat berkenaan



Difahamkan, pembunuhan kejam itu berpunca daripada masalah pembayaran gaji kepada pekerja warga asing yang diselianya di situ.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sebilah pisau berhulu kayu juga ditemui tercacak di bahagian tengah perut.





Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 20 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.