PULAU PINANG 10 Jan. – Sebuah pusat hiburan di Georgetown di sini yang pada awalnya meriah dengan pelbagai hiburan secara tiba-tiba menjadi sunyi sepi ketika diserbu sekumpulan penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri lewat malam tadi.

Akibatnya, operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Izham Idris itu hampir pulang dengan tangan kosong meskipun intipan lebih awal dilakukan.



Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di dalam premis berkenaan akhirnya berjaya menemukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bersembunyi di dalam sebuah stor premis berkenaan.

Menurut Izham, pihaknya juga terpaksa memecahkan pintu stor dan menemukan 10 PATI Bangladesh yang bersembunyi di sebalik timbunan rak botol arak.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga Bangladesh yang ditahan itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah untuk masuk dan bekerja di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Izham, operasi itu turut menahan seorang warga tempatan yang disyaki pemilik premis berkenaan kerana menggajikan PATI.

Ujar beliau, kesemua PATI itu ditahan di depot sementara Jabatan Imigresen di sini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tambahnya, pemilik premis berkenaan pula akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. – UTUSAN ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 19 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.