ALOR SETAR – Seorang pelancong tempatan maut manakala dua lagi parah akibat dihempap pokok kelapa yang tumbang dalam kejadian angin kencang di Pantai Chenang, Langkawi dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, mangsa, Muhammad Sukri Koto Alwi, 25, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi iaitu Chong Win Ken, 27, dan Yong Shui Tian, 25, cedera parah.



Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku di kawasan pantai berhadapan Mali-Mali Beach Resort dan bersebelahan Kalut Cafe And Bar.

“Pokok kelapa itu tumbang dan menghempap tiga orang awam yang mana salah seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua lagi mangsa mengalami kecederaan serius iaitu masing-masing patah tulang belakang dan patah tulang pinggang. Mereka dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa maut dibawa ke HSM untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Keadaan kedua-dua mangsa yang cedera agak serius dan mereka akan menjalani proses pembedahan di hospital itu hari ini,” tambahnya. – K! ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.