GERIK 10 Jan. – Rangka manusia yang dipercayai seorang lelaki ditemukan di bawah Jambatan Raja Muda Nazrin, Lenggong hari ini.

Orang awam yang menemukan rangka berkenaan memaklumkan kepada pihak polis mengenai perkara itu kira-kira pukul 3 petang.



Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, jantina rangka itu dipercayai seorang lelaki berdasarkan cebisan pakaian yang dipakai.

“Identiti rangka itu masih belum dikenal pasti dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Gerik esok.

“Sebelum ini, terdapat laporan orang hilang membabitkan orang kurang upaya (OKU). Kita percaya ia ada kaitan, justeru DNA keluarganya akan diambil,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 37 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.