KUALA LUMPUR: PETRONAS menjelaskan bahawa nama syarikat itu serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya telah disalah gunakan menerusi promosi dalam talian bertajuk “PETRONAS Launches New Scheme With 18 Partners. This Can Make You Rich!” di beberapa platform pelaburan teknologi seperti Crypto Revolt dan Bitcoin Revolution.

“Kami mahu mengingatkan orang ramai bahawa ini adalah satu penipuan,” katanya dalam satu kenyataan.



Laman web terbabit menggunakan satu acara media oleh PETRONAS yang baru-baru ini melancarkan program pembangunan vendor bersama rakan industri, khusus untuk meningkatkan keupayaan firma tempatan dalam sektor minyak dan gas.

“Artikel palsu di laman web itu mengatakan bahawa PETRONAS melancarkan platform teknologi mata wang kripto untuk rakyat Malaysia, menjanjikan keuntungan besar daripada pelaburan AS$250,” katanya.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 18 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.