MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan 19 individu dalam serbuan Op Ekor yang dijalankan di lebih 18 kawasan sekitar Melaka Tengah dan Alor Gajah sejak minggu lalu sehingga semalam.

Seramai 15 lelaki Islam yang ditahan adalah warga tempatan manakala empat lagi merupakan warga asing, masing-masing dua dari Indonesia dan Bangladesh berumur dalam lingkungan 35 hingga 68 tahun.



Op Ekor itu dijalankan di premis Magnum 4D termasuk di Ujong Pasir, Malim, Kota Laksamana, Jalan Tengkera, Taman Cheng Baru, Taman Cheng Permai, Taman Teknologi Cheng, Taman Dato Tamby Chik, Taman Merdeka, Bukit Baru, Taman Cergas dan Taman Tunggal di Alor Gajah

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, Op Ekor itu dijalankan bermula 2 Januari lalu sehingga semalam hasil aduan orang ramai berikutan wujudnya kegiatan judi melibatkan umat Islam.

“Semalam kita telah menahan empat lagi lelaki Islam yang sedang membeli nombor ekor dan salah seorang daripada mereka berumur 42 tahun sanggup membeli sehingga tujuh keping nombor ekor.

“Dalam serbuan itu pihak kami turut merampas 12 nombor ekor yang dibeli oleh pelanggan terbabit,” katanya ketika ditemui di pejabat JAIM di sini hari ini.

Rahimin berkata, JAIM memandang serius kegiatan judi nombor ekor dalam kalangan umat Islam dan akan mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tiada yang terlibat.

Katanya, kesemua mereka diberikan notis hadir bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berjudi. – K! ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 35 times, 1 visits today)
Please follow and like us:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.