JERANTUT – Gara-gara terlupa tarik brek tangan, sebuah pacuan empat roda terhumban ke dalam longkang berhampiran Masjid Tengku Ahmad, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, pemilik Mitsubishi Pajero itu dikatakan berhenti untuk membeli pisang goreng di sebuah gerai berhampiran masjid berkenaan.



Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, seorang lelaki melayu telah keluar daripada kenderaan terbabit menuju ke arah gerai goreng pisang.

“Kenderaan itu tetiba bergerak dengan sendiri menuju ke arah longkang berhampiran.

“Pemiliknya lupa menarik brek tangan menyebabkan bahagian hadapan Pajero itu masuk ke dalam longkang,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Kejadian berkenaan menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan tersebut sebelum ditarik keluar dari longkang besar itu. – K! ONLINE



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 36 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.