PUTRAJAYA 9 Jan. – Seorang bekas pegawai tinggi Tourism Malaysia dan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan selama empat hari bermula hari ini.

Penahanan itu adalah bagi membantu siasatan berhubung kes agensi kerajaan itu yang membabitkan satu kontrak bernilai lebih RM99 juta.



Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dua individu terbabit.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 64 serta 32 tahun telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.



Menurut sumber, bekas pegawai agensi kerajaan tersebut disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai pengerusi, dalam mencadangkan sebuah syarikat secara lantikan terus.

Katanya, ini dilakukan dalam projek Kempen Pengiklanan Digital bagi Pasaran China bagi tempoh 2018-2020 yang dianggarkan berjumlah lebih RM99 juta yang menggunakan peruntukan agensi kerajaan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 40 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.