JAKARTA 8 Jan. – Selepas kecoh dituduh menjadi pelacur kelas atasan dengan bayaran RM24,000, kini tersebar pula gambar bogel Vanessa Angel.

Gambar artis Indonesia yang sedang meningkat naik itu yang sedang mandi disebarkan di media sosial.



Peguam Vanessa, Zakir Rasyidin berkata, penyebaran gambar itu memang disengajakan oleh pihak tertentu ketika artis berkenaan sedang disoal siasat oleh polis di Jawa Timur kerana terlibat di dalam pelacuran.

“Anak guam saya sedang disoal siasat. Memang ada orang yang sengaja mengedarnya dan kami akan membuat laporan polis terhadap 25 akaun yang menyebarkannya,” kata Zakir kepada pemberita.

Sebelum ini peguam itu juga mempersoalkan pendedahan polis tentang bayaran yang dikenakan oleh Vanessa untuk dilanggan selama dua jam dengan alasan tiada sebarang transaksi berlaku.

Dalam pada itu polis turut mendedahkan artis berkenaan ditangkap bersama seorang lelaki dalam keadaan tidak berpakaian dan sedang melakukan hubungan jenis ketika serbuan dibuat. – Agensi




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 494 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.