KUALA LUMPUR: Pelakon Rita Rudaini berharap, mereka yang menetap di sekitar Semenyih, Selangor yang terlihat atau menemui kucing kesayangannya supaya segera menghubunginya di laman sosial.

Rita berkata, kucing berwarna kelabu yang dipanggil Pekan itu hilang sejak Khamis lalu dan masih belum ditemui, biarpun pelbagai usaha sudah dilakukan, termasuk mengadakan solat hajat.



“Pekan baru dipinjam kenalan untuk tujuan ‘matting’ (mengawan) di Bandar Baru Semenyih dan sehari selepas itu, saya dimaklumkan ia hilang.

“Minta jasa baik sesiapa yang ternampak atau terambil, pulangkan kembali kepada saya. DM (mesej langsung) saya di Instagram.

“Hanya mereka yang betul-betul sayang dan pencinta kucing sahaja faham apa yang saya rasai ketika ini,” katanya.

Rita memaklumkan, dia bersama sahabatnya meluangkan masa sehingga jam 3 pagi untuk menjejaki Pekan di sekitar kawasan perumahan berdekatan pada hari pertama ia hilang.

“Sudah dua malam, saya dan sahabat cuba menjejakinya. Pada malam pertama ia hilang, sampai jam 3 pagi kami mencari. Biarpun penat dan deman, saya gagahkan juga diri mencari,” katanya sebak.

Ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui, dia tidak berhenti menangis mengenangkan nasib kucing kesayangannya itu.

“Biarpun kehilangan Pekan mungkin berganti, ia tidak akan sama. Saya sangat serius dan perkara ini bukan hal main-main buat saya serta keluarga.

“Saya berterima kasih kepada teman yang sanggup turun padang menjejaki Pekan. Saya tidak akan berhenti mencarinya,” katanya mengakui, perasaan marah, kecewa dan hiba bersilih ganti sejak mendapat tahu berita itu.

Selain Pekan, Rita turut membela beberapa ekor kucing lain sejak dua tahun lalu.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 11 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.