KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedia membantu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam memahami isi kandungan perjanjian dan undang-undang sedia ada yang digunapakai ketika ini.

MFL juga akan turut menerangkan perkara berkaitan perancangan operasi dan pengurusan liga seperti sudah dijelaskan pada perjumpaan bersama setiap pasukan sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, penglibatan MFL dalam isu seperti itu adalah relevan untuk menjaga kepentingan Liga Malaysia serta rakan kongsi yang lain.



“Pada 3 Januari 2019, MFL telah menjemput semua rakan kongsi liga terdiri daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan 24 buah pasukan yang bertanding untuk membincangkan berkenaan isu ejen pemain, kontrak pemain, perlembagaan MFL, jadual pertandingan dan hal lain berkaitan liga.

“Walau bagaimanapun, pihak KFA tidak hadir pada saat akhir. Sebagai badan pentadbir liga bola sepak Malaysia, MFL sentiasa mengambil berat permasalahan setiap pasukan dan KFA juga terikat dengan peraturan sama seperti 24 rakan kongsi yang lain.

“Oleh itu MFL menjemput KFA untuk membincangkan isu berkaitan Liga Malaysia 2019. Jemputan telah dihantar kepada KFA bagi mengadakan perbincangan pada 10 Januari 2019,” katanya.

Dalam masa sama, MFL juga sentiasa mahu melakukan penambahbaikan imej liga domestik serta melindungi rakan kongsi lain.

“MFL sentiasa berusaha dalam menambah baik imej liga dan melindungi rakan kongsi daripada terus dilanda kontroversi.

“MFL berharap perbincangan dengan KFA dapat direalisasikan bagi jalan penyelesaian terbaik isu ini,” katanya.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 21 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.