SHAH ALAM 8 Jan. – Susulan pembunuhan bekas calon Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mati ditetak sekumpulan lelaki menggunakan parang, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan.

Kesemua individu berusia 20 hingga 25 tahun itu ditahan petang semalam di sekitar daerah ini dan Klang, serta kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya kini sedang mengesan seorang saksi bernama M. D. Ozziram atau dikenali Ozi berusia 25 tahun.

“Alamat terakhir Ozi di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang di sini. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden, K. Vignesh Kumar di talian 03-55202222 atau mana-mana balai bolis berhampiran.

Semalam, mangsa, M. Thiyahu, 30, maut selepas ditetak dengan parang di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Thiyahu yang ditetak di muka, belakang kepala, tangan kanan serta kedua-dua belah kakinya.




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 49 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.