JOHOR BAHRU 8 Jan. – Sehingga semalam, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor sudah memeriksa sebanyak 3,470 premis di seluruh negeri selepas larangan merokok di premis makanan dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, sepanjang tempoh itu, 1,431 notis amaran sudah dikeluarkan.



“Sejak kerajaan menguatkuasakan larangan ini, dapat dilihat kesedaran dalam kalangan masyarakat semakin meningkat.

“Namun dalam enam bulan pertama ini hanya tindakan amaran dibuat bagi mendidik masyarakat sebelum penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Kempen Larangan Merokok di Plaza Larkin, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 18 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.