Dua artis wanita Indonesia ditahan dipercayai terbabit dalam pelacuran secara online membabitkan bayaran sebanyak Rp25 juta (RM7,238) dan Rp80 juta (RM23,164).

Menurut agensi berita ANTARA, kedua-dua artis itu, Vanessa Angel dan seorang lagi hanya dikenali sebagai “AF” ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.



Ketua Polis Jawa Timur, Arman Asmara dipetik berkata mereka yang ditahan ialah empat saksi, dua artis iaitu Vanessa dan “AF” dan tiga lagi yang dipercayai terbabit dalam urusan aktiviti itu.

“Kami melakukan siasatan melalui media sosial dan diketahui kegiatan tersebut dilakukan di sebuah hotel di Surabaya. Tarifnya yang satu Rp 80 juta, satu lagi Rp 25 juta,” kata Arman.

Sementara itu pengurus kepada Vanessa Angel iaitu Lidya berkata beliau tidak pernah mengetahui artis itu terbabit dalam aktiviti pelacuran online.

“Vanessa ke Surabaya untuk menjadi pengacara dalam satu majlis di sana,” katanya.



Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 114 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.