KUALA LUMPUR 8 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO mengesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tidakan segera ke atas Eric Liew yang didakwa telah menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, ratusan laporan polis telah dibuat terhadap Eric Liew semalam.

Sementara itu, Dr. Asyraf Wajdi berkata, tindakan majikan Eric, Cisco ASEAN membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan bahawa Eric Liew tidak lagi bekerja di syarikat berkenaan selepas Pemuda UMNO menghantar bantahan perlu menjadi iktibar kepada semua.



“Pemuda UMNO tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan dan desakan serupa terhadap mana-mana warga yang tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

“Harap pihak polis juga segera bertindak atas ratusan laporan polis yang dibuat kelmarin,” kata Dr. Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin Eric didakwa memberikan komen jelek terhadap Sultan Muhammad V berhubung peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah hantaran di media sosial.

Akibat berang dengan tindakan itu, rata-rata warganet menyerang laman Facebook Cisco ASEAN dengan mendesak syarikat tersebut mengambil tindakan terhadap Eric.

Eric kemudian dalam satu hantaran menerusi laman Facebook peribadinya memohon maaf atas komen jelek yang dilakukannya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong itu.

Kata Eric, beliau telah membuat komen tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhammad V.

Cisco ASEAN mengesahkan individu bernama Eric Liew yang terbabit dengan isu menghina Sultan Muhammad V di media sosial tidak lagi bekeraja dengan syarikat tersebut.

Cisco ASEAN dalam satu kenyataan malam tadi turut menyesal dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.-UTUSAN ONLINE




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.