THE HAGUE 8 Jan. – Belanda akan memberikan khidmat nasihat undang-undang percuma kepada keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 untuk menuntut pampasan.

Menteri Kehakiman Belanda, Ferd Grapperhaus turut berkata, siasatan bersama berhubung insiden berkenaan sedang hampir dimuktamadkan.



“Bantuan nasihat undang-undang percuma sudah diaturkan untuk keluarga mangsa yang mahu insiden itu dibawa ke mahkamah.

“Siasatan berkaitan tragedi itu juga berkemungkinan diselesaikan sekitar tahun hadapan,” katanya.

Media tempatan melaporkan, perbicaraan dijangka bermula dalam tempoh lima tahun akan datang di The Hague.

Grapperhaus bagaimanapun menegaskan pampasan yang sudah dibayar oleh pihak lain selain daripada syarikat insurans dan Malaysia Airlines tidak akan dipertimbangkan oleh mahkamah. – AFP




Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 25 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.